Kerjasama Strategik Bersama Tourism Malaysia

ODEON KL Menempa Era Baharu Sebagai Hab Pelancongan Nasional

ODEON KL kini melangkah ke fasa baharu sebagai sebuah pusat pelancongan yang progresif dan berdaya saing, hasil kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan ODEON KL sebagai mercu tanda bersejarah di tengah-tengah Kuala Lumpur, malah memperluas fungsinya sebagai hab pelancongan utama negara serta pusat aktiviti rasmi bagi kementerian dan agensi pelancongan.

Tourism Malaysia

Kerjasama Strategik

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sektor pelancongan negara, ODEON KL telah dipilih untuk memainkan peranan penting dalam:

  • Menjadi ruang aktivasi dan promosi pelancongan domestik dan antarabangsa.
  • Menyediakan pusat informasi pelancongan yang mudah diakses oleh pelawat tempatan dan luar negara.
  • Menjadi tuan rumah kepada pelbagai program rasmi kementerian dan agensi pelancongan, termasuk pelancaran kempen, sidang media, forum, bengkel dan pameran.
hub pelancongan

Fungsi Utama ODEON KL Sebagai Hab Pelancongan

Pusat Informasi Pelancongan

Pelancong boleh mendapatkan bahan promosi, peta, risalah, dan konsultasi pelancongan secara langsung di ODEON KL, termasuk destinasi baharu, pakej percutian, serta program homestay.

Lokasi Acara Rasmi

Ruang acara di ODEON KL kini disesuaikan untuk menampung pelbagai program anjuran:

  • Tourism Malaysia
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
  • Agensi pelancongan negeri dan swasta

Ruang Seni dan Budaya

ODEON KL menampilkan aktiviti seni dan kebudayaan seperti:

  • Pementasan teater budaya

  • Persembahan muzik tradisional

  • Tayangan dokumentari pelancongan

  • Pameran produk pelancongan & kraf tempatan

Pusat Permulaan Lawatan Bandar (City Tour)

Sebagai lokasi strategik, ODEON KL menjadi titik permulaan untuk pelbagai pakej lawatan seperti:

  • KL Heritage Walk
  • Pelancongan Jejak Warisan
  • City Tour KL on Wheels