image1
Mengenai Kami

Warisan Ikonik, Destinasi Seni Masa Kini

ODEON KL ialah ruang acara serbaguna (multipurpose hall) yang beroperasi di salah satu bangunan paling bersejarah di Kuala Lumpur, bekas pawagam ODEON Cinema, yang dibina pada tahun 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada nadi budaya Jalan Tuanku Abdul Rahman selama hampir satu abad.

Kini, bangunan ini dihidupkan semula sebagai ruang seni, budaya dan acara kontemporari, tanpa mengabaikan nilai estetik dan warisan asalnya. Dengan seni bina klasik yang dikekalkan, serta kelengkapan moden yang dinaik taraf, ODEON KL menjadi pilihan terbaik untuk konsert akustik, persembahan teater, forum komuniti, festival bazar dan banyak lagi.

Visi & misi

Visi Kami

Menjadikan ODEON KL sebagai ruang inspirasi utama untuk seni dan komuniti bandar, yang meraikan kepelbagaian budaya, suara kreatif dan pengalaman bermakna untuk semua.

Visi & Misi

Misi Kami

Menyediakan ruang acara profesional dan fleksibel untuk pelbagai jenis program daripada muzik, seni visual, filem, budaya hingga wacana intelektual.

Menyokong pengkarya tempatan dan regional melalui fasiliti yang mampu milik dan berdaya saing.

Memelihara dan mengangkat identiti warisan ODEON Cinema sebagai sebahagian daripada naratif seni moden Kuala Lumpur.

Menjadi jambatan antara generasi — tempat berkumpul bagi komuniti, pelajar, pencinta seni dan pemikir kreatif.

Apa Yang Menjadikan
ODEON KL Unik?

Lokasi Strategik di tengah pusat bandar Kuala Lumpur (Jalan Tuanku Abdul Rahman), mudah diakses melalui MRT, LRT dan laluan bas.

Rekaan Ruang Klasik-Moden mengekalkan unsur seni bina asal dengan sistem bunyi, pencahayaan dan pentas profesional.

Kapasiti Fleksibel sesuai untuk acara 1000–2500 orang, dengan pelbagai susun atur (auditorium, banquet, standing).

Komitmen kepada Komuniti, kami membuka peluang kepada NGO, pelajar dan pencipta konten tempatan untuk berkarya di sini.

Mengenai

Siapa Kami?

ODEON KL dimiliki dan dikendalikan oleh ROCKSTATION EVENT & ENTERTAINMENT SDN BHD. Bersama pasukan pengurusan tempatan yang berpengalaman dalam bidang pembangunan kreatif, pengurusan acara, seni persembahan dan penghidupan semula warisan bandar.

Kami percaya bahawa ruang bukan hanya lokasi, tetapi medium untuk mencipta pengalaman dan menyatukan manusia melalui seni dan budaya.